Skip to main content

Jom buat tart

dari album:
 Let's Cook & Bake.
Bahan Pastry ;
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula icing 
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/2 cwn (113 gm) butter suhu bilik ,guna butter bau wangi 
1/2 biji telur ( ambik 1 biji telur, kocok sikit dan ambik 1/2 bhgn sahaja)
Cara buat pastry ;
Ayakkan tepung gandum, gula icing dan garam. Campur butter dan gaul rata sampai jd serbuk roti. Campur dengan telur dan esen vanilla. Ratakan semua dan balut pastry dengan plastik atau cling wrap dan sejukkn (bukan beku) dlm peti ais 1/2 jam.


Bahan Filling:
180 ml air panas
300 ml susu segar/ susu cair
3/4 cwn gula pasir (nak kurangkan pd 1/2 cwn pun boleh)
4 biji telur dikocok sebati
1 1/4 sk esen vanilla


Fillingnya:
Dalam bekas campur air panas dengan gula hingga hancur.Masuk kan susu segar atau susu cair ,telur serta esen vanilla.Kacau rata dan tapiskan.


Sementara tu boleh panaskan oven 175 -180 degree dlm 10 mnt. Ok kita terap pastry dlm acuan tart. ambik sikit pastry bulatkan dan tekan dibhgn tengah acuan dan ratakan. lebih kurang tebal 1/2 cm ,jgn tebal sgt nanti pastry x masak.Cucuk cucuk dasar pastry dengan garpu mcm dlm gambar supaya pastry masak sekata. Dah siap kita bakar pastry dulu ye selama 10-15 mnt.




Bila pastry dah masak tadi, tuang terus filling nya hampir penuh. Bakar pd lagi selama 15 mnt-25 mnt ye atau hingga masak. Sentiasa tengok masa bakar ye, sbb lain oven lain masanya...kang hangus plak...



taadaa dah siap baru kuar oven , baunya wangi satu rumah...tunggu sejuk keluarkan dari acuan dan boleehh ngapp..yumm sangat, nak lg sedap sejukkan dlm peti ais

Comments

umie yana said…
sedapnyaa.. tapi nak buat memerlukan tahap kerajinan yang amat tinggi..huhu

Popular posts from this blog

Roti Kering / roti lutut

 Roti kering segar dan homemade, roti kering ini bukan roti lebihan. memang adunan baru di buat untuk dijadikan roti kering. rasa yang lebih rangup apabila dibakar menggunakan api kecil dan masa yang lama.