Tuesday, May 10, 2016

Homemade Pizza


Suka makan pizza? Nak buat sendiri? Jom Belanja resepi Pizza.

Doh Pizza
Bahan-bahan:
675g tepung roti
15g yis
55g shortening
20g gula kastor
450ml air
10g garam

 cara-cara:
1. campurkan tepung,yis,gula dan garam. kacau rata
2. masukkan shortening dan air. putar selama lebih kurang 7 minit dengan kelajuan randah sehingga menjadi doh
3. Tukar kepada kelajuan sederhana dan putar lagi selama 7 minit
4. Keluarkan doh dari mesin pembancuh, bulatkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
5. canai doh setebal 1 cm dan terapkan menggunakan " round cutter" mengikut saiz yang disukai
6. Biarkan doh mengembang sehingga 2 kali ganda
7. Bakar sehingga kekuning dengan suhu 190 djh celcius selama lebih kurang 10 minit

sos pizza
bahan-bahan : tomato puri / buah tomato, bawang putih, serbuk oregano
cara-cara: panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih yang dicincang halus sehingga kekuningan dan naik bau, masukkan serbuk oregano, kacau sebati, masukkan tomato puri / buah tomato, tambahkan sedikit air, gunakan api perlahan sehingga mendidih. tutup api.sejukkan dan sedia utk disapukan ke atas doh pizza

Cara-cara penyediaan pizza:
Ambil doh pizza yang telah di bakar (base pizza), sapukan dengan sos pizza, taburkan dengan ayam / daging/sardin/ tuna, capsicum,cendawan tin, keju mozarella.
Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. pembakaran dengan kepanasan oven 180 djh celcius.

Senang kan?...

Featured Post

CREAM PUFF..sedapnye..