Skip to main content

Tepung Dan Kegunaannya

Salam semua...sedikit informasi untuk dikongsi bersama.

Tepung Gandum / Tepung Serbaguna (plain flour)
- sesuai untuk sebarang jenis masakan. Biasanya digunakan kerana mudah diperolehi. Kandungan protinnya sehingga 90%.

Tepung Protin Tinggi (High Protein Flour)
- tepung roti, sesuai untuk membuat roti kerana daya keanjalannya yang agak tinggi, akan lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Kandungan protin yang tinggi sehingga 11% - 12.5%.

Tepung Protin Rendah (Low Protein Flour)
- Kandungan protin kurang daripada 8%. Sesuai untuk membuat kek chiffon dan kek span.

Tepung Kek (Special Cake Flour)
- disebut juga superfine flour. Kandungan protin 9% - 10%. Sesuai untuk membuat pastri dan kek.

Tepung Red Rose
- mengandungi campuran sedikit tepung jagung dan juga bahan yang boleh merangupkan biskut.

Tepung Hong Kong
- tepungnya sangat putih, digunakan untuk membuat pau dan juga kek lapis.

Tepung Naik Sendiri ( Self Raising Flour)
- mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda bikarbonat.

Tepung Gandum Tulen (Wholemeal)
- mengandungi serat yang tidak hancur. Tidak boleh diayak. Digunakan untuk membuat roti.

Tepung Kastad
- selain mewangikan ia juga akan membuatkan tekstur kek lebih rapat.

Tepung Jagung
- fungsinya untuk memekatkan.

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Kek Coklat

Pesanan dpd Pn.Rosnani,Kg Delek,Klang.Tq

Tempahan Bahulu, Frozen & Kek

Tempahan daripada Pn. Redziah Paya Jaras.gambar frozen lupa nak amik.Tq so much.

Tempahan Kek Perkahwinan

Selamat Pengantin Baru Taufik & Suhaida...Semoga Kekal Bahagia. Tingkat ke tiga. Tingkat kedua Tingkat pertama. Kek butter walnut + coklat cip. Terima kasih K. Sikin yang telah membuat pesanan.