Salam semua...sedikit informasi untuk dikongsi bersama. Tepung Gandum / Tepung Serbaguna (plain flour) - sesuai untuk sebarang jenis masakan. Biasanya digunakan kerana mudah diperolehi. Kandungan protinnya sehingga 90%. Tepung Protin Tinggi (High Protein Flour) - tepung roti, sesuai untuk membuat roti kerana daya keanjalannya yang agak tinggi, akan lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Kandungan protin yang tinggi sehingga 11% - 12.5%. Tepung Protin Rendah (Low Protein Flour) - Kandungan protin kurang daripada 8%. Sesuai untuk membuat kek chiffon dan kek span. Tepung Kek (Special Cake Flour) - disebut juga superfine flour. Kandungan protin 9% - 10%. Sesuai untuk membuat pastri dan kek. Tepung Red Rose - mengandungi campuran sedikit tepung jagung dan juga bahan yang boleh merangupkan biskut. Tepung Hong Kong - tepungnya sangat putih, digunakan untuk membuat pau dan juga kek lapis. Tepung Naik Sendiri ( Self Raising Flour) - mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda bikarb...