Suka makan pizza? Nak buat sendiri? Jom Belanja resepi Pizza. Doh Pizza Bahan-bahan: 675g tepung roti 15g yis 55g shortening 20g gula kastor 450ml air 10g garam cara-cara: 1. campurkan tepung,yis,gula dan garam. kacau rata 2. masukkan shortening dan air. putar selama lebih kurang 7 minit dengan kelajuan randah sehingga menjadi doh 3. Tukar kepada kelajuan sederhana dan putar lagi selama 7 minit 4. Keluarkan doh dari mesin pembancuh, bulatkan doh dan rehatkan selama 20 minit. 5. canai doh setebal 1 cm dan terapkan menggunakan " round cutter" mengikut saiz yang disukai 6. Biarkan doh mengembang sehingga 2 kali ganda 7. Bakar sehingga kekuning dengan suhu 190 djh celcius selama lebih kurang 10 minit sos pizza bahan-bahan : tomato puri / buah tomato, bawang putih, serbuk oregano cara-cara: panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih yang dicincang halus sehingga kekuningan dan naik bau, masukkan serbuk oregano, kacau sebati, masukkan tomato puri ...